Tuesday 17 September 2019

TAKLIMAT PELAKSANAAN PENDIDIKAN SIVIK DALAM PdPc

17 Sept 2019 (Selasa) - Taklimat pelaksanaan pendidikan sivik dalam 5 mata pelajaran telah diadakan untuk guru-guru SK Kg Keningau pada jam 12.50 tengahari hingga 2 petang yang telah disampaikan oleh Pn Davie Labarius selepas menghadiri bengkel tersebut diperingkat Pendidikan Daerah Keningau. Taklimat ini dihadiri seramai 19 orang guru yang mengajar bahasa melayu, bahasa inggeris, pendidikan islam, pendidikan moral dan sejarah. 

Pendidikan sivik ini perlu dilaksanakan selama 1 jam setiap minggu ke empat mengikut nilai teras yang ditetapkan dalam RPH mata pelajaran masing-masing iaitu kasih sayang, tanggungjawab, hormat-menghormati dan kegembiraan. Untuk pentadbir pula, perlu dilaksanakan setiap minggu semasa perhimpunan sekolah selama 5 minit dan perlu dicatat oleh guru bertugas mingguan dalam buku laporan perhimpunan sekolah. 

Semua guru perlu menyimpan modular dan Perincian Pendidikan Sivik sebagai rujukan masing-masing. 

Pn Davie Labarius menyampaikan taklimat kepada semua guru. 





Nilai teras dalam pendidikan sivik :





Upload by PKP






No comments:

Post a Comment