Monday 12 August 2019

PRASEKOLAH- PERTANDINGAN BOLA JARING DAN FUTSAL 2019


Pertandingan Bola Jaring dan futsal prasekolah telah diadakan pada 9 Ogos 2019 (Jumaat) di Dewan Jubli Emas, SK Kg Keningau. Seramai 50 orang murid prasekolah yang terlibat dengan aktiviti ini. Aktiviti ini bertujuan memberi peluang kepada murid prasekolah bersukan dan memilih wakil sekolah ke peringkat zon nanti. Setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada semua jawatankuasa pelaksana program ini yang turut dibantu oleh guru-guru kelas perdana.

















Aktiviti-aktiviti sepanjang program berlangsung.





*Upload by : PKP

Friday 9 August 2019

AMALAN BAIK "GURU PENYAYANG"


Pelaksanaan amalan Guru Penyayang bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Guru Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap murid-murid dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru Penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid adalah aset yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.


Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

 Antara Objektif Program Guru Penyayang adalah

  • Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru.
  • Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah
  • Menyedari bahawa setiap murid adalah asset kepada sekolah
  • Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti/masyarakat kepada sekolah.
Kaedah pelaksanaan Guru Penyayang adalah secara berterusan sepanjang tahun 2016 dan membudayakan warga sekolah. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelbagai aktiviti yang dirancang seperti berikut; 1. Pelancaran Program Guru Penyayang 2. Mengalu-alukan kehadiran murid 3. Program Mentor Mentee 4. Penghargaan kepada murid (hari lahir/sambutan perayaan utama) 5. Penghargaan kepada murid (kehadiran penuh bulanan)

 Antara aktiviti yang dirancang

1.0 Aktiviti Mengalu-alukan murid
Guru mengalu-alukan murid di pintu pagar sekolah
a. Semasa murid memulakan sesi persekolahan baru
b. Semasa murid datang ke sekolah / pulang dari sekolah
Kaedah:
i. Menyambut kedatangan murid;
a. Penampilan guru yang kemas dan ceria
b. Bersikap mesra, berbudi bahasa dan menghormati murid
c. Ambil berat, prihatin dan sabar menyambut murid
ii. Membuat sapaan;
a. Memberi salam dan menyambut salam semasa datang sekolah
b. Lambaian pulang
c. Bertanya khabar
iii.Memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berhemah; Contoh; Membetulkan tali leher, Membetulkan butang baju dan lain-lain.
iv.Membuat publisiti/promosi
2.0 Program Mentor Mentee
Tujuan:
i. Membangunkan sahsiah diri murid
ii. Membina jati diri murid
iii. Membantu menyelesaikan masalah murid
Cadangan aktiviti:
Sesi ramah mesra / Sesi makan bersama / Meraikan hari lahir / Bimbingan hala tuju hidup / Lawatan atau ziarah keluarga / Sesi perkongsian masalah
Strategi pelaksanaannya;
i. Seorang atau dua mentor bagi setiap kelas (semua murid terlibat)
ii. Perjumpaan sekurang-kurangnya dua kali sebulan dan dijadualkan
Pengisian semasa perjumpaan;
i. Menyemak dan prihatin latar belakang mentee
ii. Membimbing mentee mengatasi masalah
iii. Membimbing mentee membina hala tuju dan kerjaya
iv. Membimbing mentee membentuk jati diri dan sahsiah diri
Disenaraikan sebagai salah satu tugas guru di sekolah, Menyediakan profil setiap mentee

3.0 Penghargaan Kepada Murid (hari lahir/sambutan perayaan utama)
Aktiviti meraikan murid;
i. Hari lahir murid
ii. Sambutan hari kanak-kanak
iii. Perayaan-perayaan utama mengikut kaum seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas termasuk perayaan utama di Sabah dan Sarawak
iv. Guru meraikan murid dalam suasana kasih sayang
Antara kaedah yang boleh digunakan;
i. Mengumumkan ucapan selamat melalui pembesar suara sekolah
ii. Menyanyikan lagu bersesuaian dengan tema sambutan, contoh; Lagu Hari Lahir ,Lagu Perayaan utama
iii. Menghantar kad ucapan. Contoh: Kad Hari Lahir, Kad Hari Perayaan, Penanda Buku Hari Lahir
Aktiviti dilaksanakan semasa perhimpunan atau di dalam bilik darjah.

4.0 Penghargaan Kepada Murid (kehadiran penuh bulanan)
• Memberi penghargaan dalam bentuk sijil kepada murid yang hadir 100% pada setiap bulan sebagai satu galakan hadir ke sekolah
• Guru memberi sentuhan kasih sayang dengan memberi dorongan kepada murid-murid untuk hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan.

PEMBUDAYAAN GURU PENYAYANG DI SK KG KENINGAU SEKITAR TAHUN 2019





* Upload by: PKP

AKTVITI SUDUT PIDATO


Sudut Pidato atau padanannya dalam bahasa Inggeris ialah Speaker’s Corner, bermaksud suatu kawasan khas yang bersesuaian untuk melaksanakan aktiviti pengucapan awam.

Hasrat untuk mengetengahkan kemahiran pengucapan awam ini adalah selari dengan konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Pengucapan awam merupakan proses pembelajaran berpusatkan murid. Aktiviti ini pastinya berpaksikan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kreatif serta aplikasi nilai murni dan etika.

Arahan mewujudkan sudut pidato ini merujuk surat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM.100-1/7/2 Jld. 5 (30) bertarikh 6 Jun 2018. Setiap sekolah diarahkan untuk mewujudkan Sudut Pidato (Speaker’s Corner) di sekolah masing-masing. Hal ini adalah untuk merealisasikan aspirasi murid menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2015, Kementerian Pendidikan Malaysia.Setiap sekolah perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berbentuk pengucapan awam sebagai salah satu kemahiran yang perlu digilap dalam kalangan murid-murid sekolah.
Pihak sekolah perlu mewujudkan Sudut Pidato (Speaker’s Corner) bagi memastikan murid dilatih dengan kemahiran pengucapan awam. Aktiviti ini boleh dijalankan menggunakan Bahasa Melayu atau juga Bahasa Inggeris. Sudut ini hendaklah dimanfaatkan secara optimum. Waktu penggunaannya mungkin boleh dilaksanakan sama ada semasa waktu rehat, aktiviti kokurikulum dan program-program khas berdasarkan perancangan dan kesesuaian pihak sekolah.


Sudut Pidato SK Kg Keningau.


* Upload by: PKP

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2019

 MAJLIS PELANCARAN HARI KEBANGSAAN KE 62 

Tema Hari Kebangsaan 2019 tahun ini "Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih" bagi menekankan kepentingan perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

Bagi memeriahkan lagi sambutan tahun ini, sekolah SK Kg Keningau juga turut merancang dan mengadakan majlis pelancaran pada 9 Ogos 2019 bersamaan hari Jumaat pada jam 10.50 hingga 11.50 pagi bertempat di Dewan Mini SK Kg Keningau.

👉 FASA PERSIAPAN





 AJK Pelaksana bertungkus-lumus menyiapkan pentas dan menghias dengan bendera.

👉 FASA PELAKSANAAN







 Bacaan doa dipimpin oleh Ust Muhd Haziq Bin Ab Rahman.

Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sabah Tanah Airku.


Sesi bergambar bersama AJK Pelaksana dan murid-murid SK Kg Keningau selepas sesi Gimik Pelancaran.

Pn Suzana Abd Rahman (PKP) menyampaikan hadiah kepada pemenang Kuiz.


Tahniah dan terima kasih kepada barisan ahli jawatankuasa yang sangat komited sepanjang majlis.


*Upload by: PKP

Thursday 8 August 2019

PROGRAM TRANSIT AKADEMIK 2019


PENGENALAN

Program Transit Akademik ini merupakan satu Program Pemacu Kecemerlangan Sekolah yang diadakan pada setiap hari dari bulan Januari hingga Oktober bermula jam 7.00 hingga 7.20 pagi. Unit Kurikulum telah merancang Jadual Pelaksanaan pada bulan Januari dalam Mesyuarat Transit Akademik Bil.1/2019.   Pada setiap hari Rabu slot HEM, Setiap hari Khamis salah satu slot pengisian Program Panitia dan Setiap Hari Jumaat pengisian kerohanian.

OBJEKTIF
1. Untuk menyemai,menanam dan memupuk semangat cinta dan taat kepada peraturan sekolah serta meningkatkan disiplin murid.
2. Untuk mewujudkan satu suasana teratur,bertertib dan penuh hormat,di mana setiap murid.
3. Untuk menjadi medan dorongan motivasi dan rasa seronok belajar di sekolah dikalangan murid.


AKTIVITI BERGAMBAR:








AKTIVITI BATTLE SIFIR




Aktiviti "Battle Sifir" Kategori Tahap 1 : Sifir 2


Pn Suzana Abd Rahman (PKP) menyampaikan hadiah kepada Pemenang Aktiviti Battle Sifir Kategori Tahap 1, Adik Aniq Qayyum (1UM).




 Aktiviti "Battle Sifir" Kategori Tahap 2 : Sifir 7


Pn Suzana Abd Rahman (PKP) menyampaikan hadiah kepada Pemenang Aktiviti Battle Sifir Kategori Tahap 2.


Pada 9 Ogos 2019 (Jumaat), program transit akademik diisi dengan aktivit kerohanian. Murid bukan beragama islam mendengar cerita tauladan daripada 2 orang murid.




TAKLIMAT PPDa



Murid-murid mendengar info tentang dadah yang disampaikan oleh murid yang dipilih oleh En Erwin Joseph (Penyelaras PPDa).


*Upload by: PKP

Monday 5 August 2019

Majlis Sambutan Hari Lahir Staf 2019


 Kelab Staf SK Kg Keningau juga meraikan Majlis Hari Lahir kepada semua staf mengikut bulan kelahiran. Semoga semuanya sentiasa ceria, dimurahkan rezeki dan sihat selalu. SELAMAT HARI LAHIR SEMUA....


Staf yang hari pada bulan Februari.



 Majlis Hari Lahir En Anthony Lainis disambut oleh Kelab Staf SK Kg Keningau.

Staf yang hari pada bulan Mac.




Majlis Hari Lahir Pn Lea@Leah Lewas (Guru Besar), Ustazah Hafizah Abd Gapar dan Sapilin Sanah yang lahir pada bulan Mac disambut bersama murid-murid yang lahir pada bulan tersebut.


Staf yang hari pada bulan Mei.


Majlis Hari Lahir Pn Jessie Basir dan Ustazah Sabirah Sohinin Wahab disambut semasa Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2019 di Dewan Jubli Emas, SK Kg Keningau.

Staf yang hari pada bulan Jun.


Majlis Hari Lahir Pn Suryati Imran (Telah pun berpindah) disambut semasa Majlis SUAPISAH di Restoran Kolimbong Mayo.

Staf yang hari pada bulan Julai.


Majlis Hari Lahir Pn Suzana Abd Rahman (PK Pentadbiran), Pn Rohaini Hamzah (Guru BK), Pn Halina David Paulip dan Pn Israni disambut semasa Program Transit Akademik di Dewan Mini, SK Kg Keningau.

Staf yang hari pada bulan Ogos.




Warga Staf meraikan majlis sambutan hari lahir Cikgu Sopiah Malai Salleh  pada 5 Ogos 2019 (Isnin) 
 di Bilik Guru SK Kg Keningau. 

Staf yang lahir bulan September.








*upload by: PKP