Mission & Vision



Misi
Memastikan semua Program Pendidikan dan Perkhidmatan Sokongan dilaksanakan dengan berkualiti untuk mencapai prestasi cemerlang dan gemilang.

Visi
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik,  Negara Sejahtera.

Matlamat
•Mencemerlangkan Kurikulum
•Mencemerlangkan Kokurikulum
•Mnecemerlangkan Pengurusan
•Mencemerlangkan Sahsiah
•Mencemerlangkan Teknologi (ICT)
•Mencemerlangkang hubungan dengan masyarakat
•Mencemerlangkan keselamatan, kesihatan ,kebersihatan dan keceriaan

Objektif
Dengan kegigihan dan komitmen yang tinggi seluruh warga kebangsaan Kampung Keningau maka murid :
•Dapat menguasai 3M (menulis, mengira dan membaca)
•Berakhlak mulia, bersopan santun, berbudi bahasa dan bersahsiah tinggi berteraskan ajaran agama masing-masing.
•Berkemahiran tinggi, berinovatif, berdaya saing dan mempunyai sifat kepimpinan, cintakan Negara serta memiliki ketahanan dan jati diri dalam menghadapi globalisasi.
•Cemerlang dalam peperiksaan SEMESTER, UPSR dan Kokurikulum.

Piagam Pelanggan
Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau dengan penuh iltizam akan mengurus dan mentadbir perkhidmatan pendidikan dengan cekap dan berterusan kearah kecemerlangan dengan menjurus kepada matlamat WAWASAN 2020.

Oleh itu kami berjanji akan :
•Memberi layanan yang segera dan memuaskan kepada pelanggan-pelanggan kami.
•Sentiasa memberikan dan meningkatkan mutu bimbingan kepada semua murid dalam aspek pembelajaran dan disiplin tampa pilih kasih.
•Berusaha mewujudkan perasaan kekitaan, bertanggungjawab , dan penyayang di kalangan para pendidik , pelajar dan ibu bapa.
•Berusaha melibakan ibu bapa dan masyarakat  dalam membantu kearah pencapaian matlamat pendidikan Negara.
•Berusaha meningkatkan akademik, pembentukan peribadi yang mulia dan pendidikan seimbang di kalangan pelajar-pelajar.
•Merangka aktiviti/krusus dalaman/perjumpaan dan taklimat untuk meningkatkan pengurusan kurikulum dan kokurikulum sekolah melalui jawatankuasa yang dibentuk.

No comments:

Post a Comment