Sunday 22 September 2019

GOTONG-ROYONG BERSAMA IBU BAPA

 Pada 18 Sept 2019 (Rabu) - Aktiviti gotong-royong ibu bapa murid anjuran bersama PIBG sekolah telah diadakan dengan jayanya. Seramai 100 orang ibu bapa yang telah hadir dalam aktiviti ini. Antara aktiviti yang dilakukan pada gotong-royong kali ini ialah membantu pihak sekolah menyiapkan Taman Payung SK Kg Keningau, membina Replika Tanjak, membina Gerbang Bendera dan Palang Pagar. Aktiviti ini bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Terima kasih kepada semua ibu bapa, pentadbir, guru-guru dan murid-murid yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan aktiviti ini. Semoga hubungan baik dan kerjasama ini terus diamalkan untuk kemajuan sekolah. 

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI
















Upload by PKP.

No comments:

Post a Comment