Terima kasih kepada Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Media SK.
KG. Keningau yang baru dilantik kerana atas usahanya maka wujudlah Blog Rasmi
SK. Kg. Keningau ini. Agak ketinggalan namun belum terlewat.
Selaras dengan kepesatan era ICT ini
adalah menjadi kemestian bagi setiap jabatan untuk mewujudkan portal
masing-masing. Walaupun Telegram, Whatsapps, Pedlet, wechart dan sebagainya
digunakan untuk menyebarkan maklumat namun penyebarannya agak terhad dalam
kumpulan kecil dan sudah pasti tidak dapat mengambil tempat Blog Rasmi seperti
ini, Maka dengan kewujudan Portal Rasmi
SKKGKGU ini pihak sekolah mengharapkan agar penyebaran dan perkongsian maklumat
dapat menembusi kepada masyarakat umum di luar sana.
Selaras dengan sebuah sekolah Rintis TS25 (Transformasi Sekolah 1.0) Sekolah ini juga
tidak ketinggalan melaksanakan pelbagai aktiviti atau perubahan bagi usaha
untuk mengubah budaya lama kepada budaya membangun secara holistik. Maka di
sinilah dapat dilihat usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak sekolah.
Selaku Pentadbir saya juga
mengharapkan agar semua warga sekolah dapat terus memanfaatkan ruangan ini
untuk memberikan perkongsian ilmu atau maklumat aktiviti-aktiviti yang
dijalankan di unit masing-masing.
Sebagai pendidik, kita perlu peka
terhadap alam pendidikan yang semakin mencabar dan menguji tahap kecekapan dan
profesionalisme keguruan dan memerlukan pengetahuan serta berkemahiran yang
tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Saya juga ingin bersyukur kepada Tuhan
kerana kita dilanjutkan usia untuk bersama-sama menghabiskan Tahun 2017 dan bakal melangkah ke
tahun baru 2018.
Selamat kembali bertugas kepada semua
warga pendidik Semoga pada tahun 2018 ini, kita dapat membina pasukan yang
lebih jitu lagi bagi menjana dan menjayakan misi dan visi bagi menyemai
pelbagai perkara positif ke arah Kemanjadian Murid secara holistik, dari segi
Ilmu Pengetahuan pemikiran
kreatif dan inovatif, Kepimpinan dan tanggungjawab, Ketabahan emosi dan
mental, Dispilin, Sosial yang sehat, Rohani, Kemahiran, semangat
cinta kepada
Negara, Kokurikulum dan sebagainya, sebagai peninggalan kita kepada barisan
pemimpin masa depan negara dan pewaris kerajaan Malaysia nanti.
Yang pipih bukan datang melayang,
yang bulat bukan datang bergolek. Oleh itu, kita haruslah berterusan berusaha
untuk mencapai dan menggapai tujuan dan matlamat yang dipertanggungjawabkan
kepada kita.
Tahniah kepada
semua guru SKKGKGU atas pencapaian terbaik keputusan UPSR 2017 Pencapaian Kualiti
yang membanggakan MTM juga melonjak dari 43% kepada 88.90%.
Lonjakan melebihi 50% bagi semua mata pelajaran. Semoga tiada lagi
istilah “Killer Subjek”
SK. KG. KENINGAU,
BOLEH !
SEKIAN
LEA @ LEAH BINTI LEWAS
Guru Besar
No comments:
Post a Comment