D'Olumis Dance Team SK Kg Keningau telah mewakili Daerah Keningau setelah dinobatkan Johan dalam Pertandingan Tarian Rampaian dan Etnik Sekolah Rendah Peringkat Daerah 2019.
Pada 14 Sept 2019 bersamaan hari sabtu, pertandingan tarian peringkat negeri yang dikelolakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Tenom. Sebanyak 13 buah daerah yang turut menyertai pertandingan kali ini.
Pasukan ini berjaya mendapat kedudukan Naib Johan dan Anugerah Emas. Tahniah kepada semua penari dan Pn siti Asmah selaku jurulatih yang bertungkus lumus seterusnya berjaya melakukan yang cukup terbaik dalam pertandingan tersebut. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang banyak membantu pasukan ini dari segi kewangan mahupun semangat motivasi terutamanya kepada Datuk Sangkar Rasam, semua pegawai PPD Keningau, semua pentadbir, semua PIBG, semua guru, semua ibu bapa dan semua yang mendoakan kejayaan pasukan ini.
Upload by PKP.
No comments:
Post a Comment