Friday, 9 August 2019

AKTVITI SUDUT PIDATO


Sudut Pidato atau padanannya dalam bahasa Inggeris ialah Speaker’s Corner, bermaksud suatu kawasan khas yang bersesuaian untuk melaksanakan aktiviti pengucapan awam.

Hasrat untuk mengetengahkan kemahiran pengucapan awam ini adalah selari dengan konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Pengucapan awam merupakan proses pembelajaran berpusatkan murid. Aktiviti ini pastinya berpaksikan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kreatif serta aplikasi nilai murni dan etika.

Arahan mewujudkan sudut pidato ini merujuk surat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM.100-1/7/2 Jld. 5 (30) bertarikh 6 Jun 2018. Setiap sekolah diarahkan untuk mewujudkan Sudut Pidato (Speaker’s Corner) di sekolah masing-masing. Hal ini adalah untuk merealisasikan aspirasi murid menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2015, Kementerian Pendidikan Malaysia.Setiap sekolah perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berbentuk pengucapan awam sebagai salah satu kemahiran yang perlu digilap dalam kalangan murid-murid sekolah.
Pihak sekolah perlu mewujudkan Sudut Pidato (Speaker’s Corner) bagi memastikan murid dilatih dengan kemahiran pengucapan awam. Aktiviti ini boleh dijalankan menggunakan Bahasa Melayu atau juga Bahasa Inggeris. Sudut ini hendaklah dimanfaatkan secara optimum. Waktu penggunaannya mungkin boleh dilaksanakan sama ada semasa waktu rehat, aktiviti kokurikulum dan program-program khas berdasarkan perancangan dan kesesuaian pihak sekolah.


Sudut Pidato SK Kg Keningau.


* Upload by: PKP

No comments:

Post a Comment