Wednesday 1 May 2019

NARATIF BAHARU DALAM PENDIDIKAN


Kementerian Pendidikan telah membina satu naratif baharu amalan pendidikan. Naratif ini
menggariskan fokus dan gerak kerja professional KPPM 2019.

Naratif Utama


Naratif utama adalah berfokuskan kepada pembelajaran berorientasikan perkembangan. Ia perlu
dicapai melalui 3 subnaratif iaitu:

Sub Naratif 1: Pelajar (Pedagogi)
- perubahan pedagogi daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan murid.
- 4 perkara digariskan adalah:

  • Pembelajaran bermakna & didik hibur
  • Pembelajaran Abad ke 21 (PAK21)
  • Pentaksiran Bilik Darjah
  • Sekolah Transformasi 2025 (TS25)

Sub Naratif 2: Guru (Pembangunan Kapasiti)
- perubahan daripada pembangunan kendiri sahaja kepada sokongan professional.
- Tumpuan diberikan kepada:

  • Menformalkan dan menginstitusikan Sistem Sokongan Profesional
  • Rakan Peningkatan Sekolah (SIP+)
  • Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+)
  • Rakan Kepemimpinan Pendidikan dan Instruksional (ELITE)
  • Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)


Sub Naratif 3: Kepimpinan Pendidikan (Pengurusan)
- perubahan daripada Top Down kepada Bottom Up. Analisis dan dapatan daripada peringkat bawah
dan on the ground digunakan bagi membina intervensi untuk dirancang dan dikuatkuasakan oleh
peringkat atas.

  • Penambahbaikan berasaskan sekolah
  • Perundingan dan Konsultasi
  • Dialog Prestasi (Daerah, Negeri, Kebangsaan)
  • SKPMG2 sebagai alat Pengurusan


*Upload by : PKP

No comments:

Post a Comment