SEJARAH SEKOLAH


SEJARAH AWAL SEKOLAH

Sekolah ini telah didirikan pada tahun 1961 yang dikenali sebagai Native Voluntary School (NVS). Sekolah ini dibina disebuah kawasan dalam anggaran lebih kurang 3 ekar dibawah kelolaan penduduk kampung Kampung Keningau. Encik Alip bin Jubang merupakan guru besar pertama di sekolah ini. Beliau adalah anak jati penduduk kampung ini.

Dalam tahun 1963, NVS telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Sabah dan sekolah ini dinamakan Goverment Primary School (GPS) sehingga tahun 1966. Dalam tahun yang sama, nama sekolah ini ditukarkan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Keningau. Sekolah ini betaraf Gred C memandangkan ketika itu bilangan murid dan tenaga pengajar adalah tidak ramai. Kemudahan fizikal yang dimiliki oleh sekolah ini hanyalah dua buah bangunan yang memuatkan empat buah bilik darjah dan sebuah rumah guru.

Pada tahun 1991, iaitu bersamaan tarikh 28 Mac, merupakan tarikh bersejarah sekolah ini. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Daerah Keningau mengambil alih sekolah ini. Nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau. Bangunan tambahan untuk dijadikan kelas sebanyak dua blok dan dua buah bangunan rumah guru yang terdiri daripada 4 unit telah dibina pada tahun tersebut.


No comments:

Post a Comment