UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR SK.KG. KENINGAU

Selamat Datang Ke Blog SK. KG. Keningau.

Terima kasih kepada Guru Media SK. KG. Keningau yang baru dilantik kerana atas usahanya maka wujudlah Blog Rasmi SK. Kg. Keningau ini. Agak ketinggalan namun  belum terlewat.

Selaras dengan kepesatan era ICT ini adalah menjadi kemestian bagi setiap jabatan untuk mewujudkan portal masing-masing. Walaupun Telegram, Whatsapps, Pedlet, wechart dan sebagainya digunakan untuk menyebarkan maklumat namun penyebarannya agak terhad dalam kumpulan kecil dan sudah pasti tidak dapat mengambil tempat Blog Rasmi seperti ini,  Maka dengan kewujudan Portal Rasmi SKKGKGU ini pihak sekolah mengharapkan agar penyebaran dan perkongsian maklumat dapat menembusi kepada masyarakat umum di luar sana.

Selaras dengan sebuah sekolah Rintis TS25  (Transformasi Sekolah 1.0) Sekolah ini juga tidak ketinggalan melaksanakan pelbagai aktiviti atau perubahan bagi usaha untuk mengubah budaya lama kepada budaya membangun secara holistik. Maka di sinilah dapat dilihat usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak sekolah.

Selaku Pentadbir saya juga mengharapkan agar semua warga sekolah dapat terus memanfaatkan ruangan ini untuk memberikan perkongsian ilmu atau maklumat aktiviti-aktiviti yang dijalankan di unit masing-masing.

Sebagai pendidik, kita perlu peka terhadap alam pendidikan yang semakin mencabar dan menguji tahap kecekapan dan profesionalisme keguruan dan memerlukan pengetahuan serta berkemahiran yang tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Saya juga ingin bersyukur kepada Tuhan kerana kita dilanjutkan usia untuk bersama-sama  menghabiskan Tahun 2017 dan bakal melangkah ke tahun baru 2018.

Selamat kembali bertugas kepada semua warga pendidik Semoga pada tahun 2018 ini, kita dapat membina pasukan yang lebih jitu lagi bagi menjana dan menjayakan misi dan visi bagi menyemai pelbagai perkara positif ke arah Kemanjadian Murid secara holistik, dari segi  Ilmu  Pengetahuan pemikiran kreatif dan inovatif, Kepimpinan dan tanggungjawab,  Ketabahan emosi dan mental,  Dispilin, Sosial yang sehat,  Rohani, Kemahiran, semangat cinta kepada Negara,  Kokurikulum dan sebagainya,  sebagai peninggalan kita kepada barisan pemimpin masa depan negara dan pewaris kerajaan Malaysia nanti.

Yang pipih bukan datang melayang, yang bulat bukan datang bergolek. Oleh itu, kita haruslah berterusan berusaha untuk mencapai dan menggapai tujuan dan matlamat yang dipertanggungjawabkan kepada kita.

Tahniah kepada semua guru SKKGKGU atas pencapaian terbaik keputusan UPSR 2017 Pencapaian Kualiti yang membanggakan MTM juga melonjak dari 43% kepada  88.90%.  Lonjakan melebihi 50% bagi semua mata pelajaran. Semoga tiada lagi istilah “Killer Subjek”


SK. KG. KENINGAU, BOLEH !
SEKIAN
  LEA @ LEAH BINTI LEWAS
          GURU BESAR


No comments:

Post a Comment