Sunday 22 September 2019

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM KENINGAU

 Pada 27 Ogos 2019 (Selasa) - Panitia Sejarah dan Kelab Rukun Negara sekolah telah mengadakan aktiviti Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Keningau. Murid-murid yang terlibat ialah semua murid tahun 5 seramai 65 orang dan melibatkan 8 orang guru pengiring termasuk 3 orang guru praktikum yang mengajar sejarah dan guru penasihat kelab tersebut. 

Pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang murid berada di tempat lawatan antaranya ialah mendengar taklimat tentang muzium tersebut, kuiz dan pembentangan berkumpulan. Jika ada pertandingan tentulah ada hadiah kepada para pemenang. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan aktivti ini. 

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG LAWATAN. 
 Taklimat ringkas sebelum murid bergerak ke tempat lawatan disampaikan oleh Cikgu Davie Labarius. 



 Taklimat Pentadbir sebelum murid bergerak ke tempat lawatan disampaikan oleh Pn Lea Lewas (Guru Besar). 






























Sekian terima kasih. Jumpa lagi..

Upload by PKP.

GOTONG-ROYONG BERSAMA IBU BAPA

 Pada 18 Sept 2019 (Rabu) - Aktiviti gotong-royong ibu bapa murid anjuran bersama PIBG sekolah telah diadakan dengan jayanya. Seramai 100 orang ibu bapa yang telah hadir dalam aktiviti ini. Antara aktiviti yang dilakukan pada gotong-royong kali ini ialah membantu pihak sekolah menyiapkan Taman Payung SK Kg Keningau, membina Replika Tanjak, membina Gerbang Bendera dan Palang Pagar. Aktiviti ini bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Terima kasih kepada semua ibu bapa, pentadbir, guru-guru dan murid-murid yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan aktiviti ini. Semoga hubungan baik dan kerjasama ini terus diamalkan untuk kemajuan sekolah. 

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI
















Upload by PKP.

JUNIOR INNOVATE 2019

Pada 21 Sept 2019 (Sabtu) - Seramai 6 orang murid dqn 3 orang guru sekolah ini telah menyertai Junior Innovate National Competition State Level 2019 yang telah diadakan di SJKC Chung Hwa, Tenom.

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang terlibat dan kepada guru-guru pembimbing iaitu Cikgu Chrissius Japius, Cikgu Robytha Robin dan Cikgu Anthony Lainis. 

GAMBAR SEPANJANG PERTANDINGAN



Murid-murid yang menyertai pertandingan ini. 






Upload by PKP.